Tahlil dan jamuan makan bersama Pn Anisah dan kawan-kawan
|Alhamdulillah dengan keberkatan Rasulullah SAW dan para kekasihnya pada 9-Mac-2019, rombongan Pn Anisah dan kawan-kawannya telah datang ke Rumah Amal Baitul Barokah di Sepang,Selangor.
Rombongan sampai di sini sekitar jam 9.30 pagi. Majlis bermula dengan bacaan Tahlil dan Yassin bersama-sama di Surau Baitul Barokah.
Majlis diserikan dengan persembahan nasyid oleh anak-anak Baitul Barokah dan jamuan makan tengahari yang telah ditaja oleh Pn Anisah dan kawan-kawan.
Antara menu yang disajikan ialah kari kambing, ayam goreng berempah, kuih muih,buah-buahan dan ulam-ulaman.
Oops! Ada satu lagi makanan istimewa iaitu AISKRIM!!!
Semoga dari majlis ini, akan terjalinlah hubungan sillaturrahim yang terus bersambung hingga keakhir hayat. Amin ….
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
NORLIDA BINTI RASIDI
Pengerusi
Pertubuhan Kebajikan Baitul Barokah Wal Mahabbah
No hp 010 5081997
www.wasap.my/60105081997/Baitul+Barokah