Sumbangan Back 2 School

Tan Sri/Puan Sri, Datuk/Datin, Tuan/Puan Yang Dihormati

Assalamualaikum warahmatullah.

Bantuan Persekolaham

Sukacita saya merujuk perkara di atas.

2. Baitul Barokah Wal Mahabbah adalah badan kebajikan bukan kerajaan (NGO) yang menaungi anak-anak dari keluarga asnaf, miskin atau yatim, terutamanya yang memerlukan bantuan di sudut pendidikan. Untuk pengetahuan pihak tuan, pada masa ini terdapat 114 orang pelajar yang bersekolah dan menerima pendidikan di Kompleks Baitul Barokah Wal Mahabbah yang terletak di kawasan seluas kira-kira tiga suku ekar di Kampung Giching Hilir, Sepang. Kesemua tenaga pengajar dan kakitangan bukan akademik di sini adalah sukarelawan sepenuh masa.

3. Sebagai persediaan untuk memulakan sesi persekolahan baru tahun 2019, anak-anak Baitul Barokah Wal Mahabbah memerlukan kelengkapan uniform sekolah, buku dan alat tulis. Untuk itu kami masih memerlukan dana sebanyak hanya RM100 seorang lagi untuk mencukupkan keperluan tersebut yang sebenarnya bernilai RM380 bagi seorang pelajar.

4. Olehh itu, sukacita kami memberi peluang untuk Tuan / Puan untuk mengambil saham dalam memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan ini. Mudah-mudahan kegembiraan dan kesenangan yang kita kongsikan ini menjadi pemangkin untuk kita sama-sama mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

5. Sumbangan Tuan/Puan boleh disalurkan melalui akaun Maybank 5628 3462 3800 atas nama Pertubuhan Kebajikan Baitul Barokah Wal Mahabbah. Sekiranya Tuan/Puan membuat transaksi melalui Maybank2u, mohon tandakan sebagai Bantuan Persekolahan.

6. Sumbangan Tuan/Puan bernilai RM500 ke atas layak menerima resit pengecualian cukai di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

7. Kami mendoakan agar Tuan/Puan terdorong untuk melakukan kebaikan ini demi masa depan anak-anak yang sedang dididik untuk mendapatkan rasa takutkan Tuhan dan rindu Nabi ini. Semoga Tuan/Puan beroleh keselamatan di dunia dan di akhirat. Kerjasama dan perhatian Tuan/Puan didahului dengan jutaan penghargaan.

Sekian, terima kasih.

Yang berkhidmat

NORLIDA BINTI RASIDI
Pengerusi
Pertubuhan Kebajikan Baitul Barokah Wal Mahabbah
No hp 010 5081997
www.wasap.my/60105081997/Sumbangan+Back+2+School+BBWM

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.