Kebakaran 2 blok Asrama Lelaki Baitul Barokah
Dukacita dimaklumkan bahawa 2 buah asrama anak2 lelaki Baitul Barokah Wal Mahabbah telah terbakar pada 29 Julai 2017 (Sabtu) sekitar jam 4.40 pagi.
Alhamdulillah dengan Berkat Rasulullah SAW, semua penghuni SELAMAT. Terima kasih Ya Allah. Blok asrama yang dihuni 43 pelajar lelaki berumur di antara 8 ke 12 tahun itu disedari mula terbakar ketika para pelajar bersiap untuk menunaikan solat tahajud.
4 jentera bomba dengan 25 anggota Penyelamat dari balai berdekatan datang membantu memadamkan kebakaran..
Punca kebakaran masih dalam siasatan Pihak Bomba.
Pautan berita media :
- http://www.anjangmuor.com
- http://www.bharian.com.my
- https://www.utusan.com.my
- http://www.mstar.com.my
- https://www.hmetro.com.my
- https://www.facebook.com/BeritaTV3/
Pihak Baitul Barokah Wal Mahabbah mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada semua pihak yang telah datang membantu dalam bentuk apa jua. Moga sumbangan dan jariah Tuan/Puan, Allah membalasnya dengan keberkatan.
Bagi pihak Syarikat atau individu yang ingin menyumbang meringankan beban dan membina semula asrama ini, boleh lah disalurkan ke Akaun
BAITUL BAROKAH WAL MAHABBAH
No. Akaun : 5628-3461-4558
http://www.baitulbarokah.org/sumbangan
Related Posts
-
Jualan Biskut Raya 2019
No Comments | May 10, 2019 -
Alamat dan No Perhubungan
No Comments | Sep 26, 2018 -
Anak-anak pelajar BBWM sedang solat berjemaah di asrama.
No Comments | Feb 26, 2017 -
Keperluan TERKINI untuk anak2 di Baitul Barokah
No Comments | Oct 3, 2018
About The Author
