Lawatan dan sumbangan dari Tadika Al-Baghdadi Sungai Pelek, Sepang.

Alhamdulillah dengan berkat Rasulullah SAW… Baitul Barokah Wal Mahabbah menerima Lawatan dan sumbangan dari Tadika Al-Baghdadi.. Sg Pelek. Sepang.

Para guru membawa anak- nak tadika melawat sekitar Perkampungan Baitul Barokah Wal Mahabbah sambil menghayati cara kehidupan Islam yang diterapkan di Baitul Barokah.

Mereka mengambil kesempatan menunaikan solat sunat dhuha di Surau BBWM.

Anak- anak juga dibawa melihat penternak yang dijalankan oleh anak- anak Baitul Barokah. Antaranya penternakan Kambing, Ayam Kampung, itik dan angsa.

Juga sedikit pertanian seperti pokok herba dan sayur- sayuran.

Moga dengan kehadiran mereka ke Baitul Barokah membawa sebanyak2 keberkatan kepada kami. Dan pulangnya mereka mengangkat dosa2 kami.

Kami doakan anak- anak ini, mendapat RASA.. Rasa bahawa Tuhan sentiasa melihat kita dalam apa jua tindakan kita. Berharap mereka juga dapat rasa cinta dan rindu kepada Rasulullah SAW.

Kami berharap… Anak- anak ini membesar sebagai Muslim sejati dalam membangun Islam di tanah air kita yang tercinta.

Pihak BBWM sedia menerima kunjungan dan lawatan dari semua pihak. Semoga kami rasa bersyukur dengan nikmat yang Allah telah berikan. Ampun ya Allah

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.