Pengenalan

Baitul Barokah Wal Mahabbah (BBWM) yang bermaksud “Rumah Yang Berkat dan Berkasih Sayang” adalah sebuah pusat pengajian yang berkonsepkan kebajikan dan menaungi lebih 89 pelajar (51 pelajar lelaki dan 38 pelajar perempuan), yang terdiri dari kalangan anak yatim, fakir miskin golongan asnaf zakat dan anak-anak yang perlukan pembelaan di peringkat rendah dan menengah. Anak-anak tersebut diasramakan dan diberi pendidikan dan kasih sayang yang diperlukan untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka dunia dan Akhirat.

Baitul Barokah Wal Mahabbah bernombor pendaftaran NS0081456-W telah memulakan operasinya pada bulan Mac tahun 2011 di  Lot 979, Jalan Burhan Kg. Giching Hilir, 43900 Sepang Selangor, bagi pelajar peringkat rendah tahap 1 dan 2.

Pendaftaran di ROS :

PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL BAROKAH WAL MAHABBAH
PPM-011-10-30102012

 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Tel – Fax | 03-8706-3221
Mobile | 010-530-7313
Email : baitulbarokah@gmail.com